Tuesday, 1 May 2012

TAMADUN AWAL

Tamadun Hwang Ho

Tamadun awal China telah wujud kira-kira 4500 tahun dahulu.Ia berlaku di sekitar Sungai Kuning atau Hwang.Tamadun ini berkembang pesat pada zaman Dinasti Shang (1766 - 1122 SM atau 1523 - 1027 SM).Bandar utama yang muncul ialah Anyang , Changan dan Loyang.Anyang telah dijadikan ibu negeri Dinasti Shang.
Orang China percaya mengenai konsep mandat dari syurga.Dinasti Shang diganti oleh Dinasti Chou melalui rampasan kuasa.Sistem feudal diamalkan semasa pemerintahan Dinasti Chou.Pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama.Tanaman utmanya ialah gandum , milet , sekoi , barli dan padi.Ternakannya ialah khinzir , kambing dan anjing.Kulit siput digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tempatan.Perusahaan yang dijalankan ialah pembuatan tembikar , barangan ukiran daripada kayu , gangsa dan jed serta penenunan tekstil dan bulu.
Masyarakat China percaya bahawa tuhan menguasai semua aspek kehidupan manusia.Mereka memuja tuhan alam seperi Tuhan Angin , Tuhan Bulan dan Tuhan Matahari.Orang Shang juga mengamalkan pemujaan nenek moyang.Tulang nujum digunakan untuk mendapatkan pertolongan daripada nenek moyang.Bentuk tulisan tamadun ini dipanggil ideogram.Setiap gambar melambangkan satu perkataan.Terdapat lebih kurang 3000 simbol yang kekal selama 3500 tahun.kemajuan sains dan teknologi zaman Shang ialah :
Penggunaan gangsa dalam pembuatan senjata dan alat-alat pertanian
Membuat alat-alat tembikar dan jed
Menghasilkan sutera
Memperkenalkan sistem kalendar dan perpuluhan
Kemajuan pada Zaman Chou termasuk :
Membuat wang daripada logam
Menerbitkan buku
Memperkenalkan alat tulisan
Perkembangan kesenian tamadun ini dapat dikesan menerusi bidang ukir.
Mereka mengukir patung daripada gangsa untuk upacara keagamaan.Kesusasteraan berkembang pesat semasa Dinasti Chou dan karya-karya utamanya ialah :

Buku Perubahan (The Book of Changes) yang berkaitan dengan ilmu ketuhanan.
Buku Upacara ( The Book of Rites) berkaitan dengan tatacara istiadat dan tanggungjawab orang dewasa.
Buku Sejarah ( The Book of History) merupakan koleksi dokumen rasmi , proklamasi dan ucapan
Buku Puisi ( The Book of Poetry) merupakan antologi 300 sajak.

Saturday, 28 April 2012

Zaman Nabi Muhammad S.A.W


  •  BENARKAH MUHAMMAD ITU RASULULLAH?

Bahawa Muhammad itu seorang Rasul dapat dibuktikan melalui beberapa cara. Pertama berdasarkan berita-berita tentang kedatangan Muhammad seperti yang tersebut dalam kitab Taurat dan Injil (Old & New Testament). Kedua, berdasarkan kedudukannya sebagai ‘AI-Sadiq AI-Amin’, yakni seorang yang benar lagi dipercayai kejujurannya. Dan ketiganya dari ‘Nubuwwah’ Muhammad sendiri, seperti berita-berita ghaib yang telah disebutkan lebih dulu oleh Baginda tentang bakal terjadinya, dan kemudiannya benar-benar telah menjadi kenyataan!

1. KEDATANGAN MUHAMMAD YANG DINANTI-NANTIKAN
Diceritakan bahawa ketika Abdul Mutalib dan bangsawan-bangsawan Quraisy lain mengunjungi Yaman untuk mengucapkan tahniah kepada Raja Saif Zu-Yazin yang baru saja menewaskan Habshah dengan bantuan Parsi, beliau dikatakan sangat mengagumi kebesaran kerajaan Yaman itu. Tetapi oleh Zu-Yazin, dinyatakannya kepada Abdul Mutalib bahawa apabila diperanakkan seorang anak lelaki dari Tihamah (Makkah), dan di antara dua belikatnya ada syamah (tahi lalat besar yang dikelilingi oleh rambut), maka ia akan menjadi pemimpin besar hingga Hari Kiamat. Di sini Zu-Yazin cuba membayangkan tanda-tanda tentang kedatangan seorang pemimpin besar dari keturunannya sendiri, yang kebetulan tanda-tanda itu secocok dengan cucunya Muhammad yang masih kecil. Ini menyebabkan Abdul Mutalib sujud kerana girang.
Cerita ini sengaja dipetik buat menunjukkan bahawa berita tentang kedatangan seorang manusia agung dari keturunan Abdul Mutalib bukannya tidak diketahui oleh bangsa Arab. Apa lagi jika diselidiki. kitab-kitab Taurat dan Injil, lebih jelaslah cerita-certta tentang Muhammad itu disebutkan. Dalam Taurat misalnya, terdapat ayat: “The Lord came from Sinai, and rose up from Seir unto them; he shined forth from Paran, and he came with 10,000 of Saints” (Book of Deutoronomy 33:2). Ayat ini dengan jelas menerangkan tentang cahaya kebenaran yang memancar dari tiga arah yang berlainan; dari Sinai, Seir dan Paran. Tentang Sinai, yang dimaksudkan ialah pengutusan Nabi Musa as. dengan kitab Tauratnya. Dan Nabi Isa as. dengan kitab Injilnya muncul dari Baitul-laham (Bethlehem). Seir adalah sebuah kota kira-kira 1.5 km dari Bethlehem yang kini dikenali sebagai ‘Bait Shair’, iaitu kota pengembala.
Ada pun tentang Paran, Taurat sendiri mengisahkan perihal Nabi Ibrahim a.s. menempatkan isterinya Hajar serta anaknya Ismail di suatu tempat yang sunyi sepi, iaitu padang pasir Paran (Genesis 21:21). Jadi, berdasarkan Taurat sendiri, Paran merupakan suatu kawasan di Hejaz, kerana di sinilah sebenarnya Hajar dan Ismail ditinggalkan oleh Ibrahim a.s. Ahli-ahli geografi menegaskan bahawa Paran ialah kawasan yang terdapat di antara gunung di Makkah, iaitu Abu Qubais, Quiqaan dan Hira’. Dalam kalangan sarjana dikatakan bahawa Jabal-Nur itulah sebenarnya gunung Paran setelah datangnya Islam. Tentang 10,000 of Saints’ itu, Prof. David Benjamin Keldani (kini Abdul Ahad Daud) mengatakan bahawa ianya ditujukan kepada jumlah pengikut Muhammad s.a.w. yang menakluki Makkah pada 8 H.
Dari kitab Injil pula, kedatangan Muhammad s.a.w. telah disebut dalam ayat berikut: “For Moses truly said unto the fathers, a prophet shall the Lord your God raise up unto you of your brethren, like unto me; him shall ye hear in all things whatsoever he shall say unto you”. (Acts of Apostles 2:22). Mengenai kalimat “unto you of your brethren’, ianya bermaksud bahawa seorang Nabi yang akan diutus adalah dari kalangan saudara Israel (Yaakob), bukannya dari Bani Israel itu sendiri. Sebenamya Bani Ismaillah saudara Bani Israel tersebut, sebab Ismail adalah saudara tua dari Ishak, bapa kepada Yaakob, dan Nabi Muhammad sendiri memangnya jelas dari keturunan Bani Ismail.
Sebenarnya cerita tentang kedatangan Muhammad bukannya diketahui oleh Raja Salt Zu-Yasin dan Raja Najasyi, bahkan juga oleh Heraclius, raja Rom dun Mugaugis, pembesar Rom di Mesir. Tentang Mugaugis misalnya, beliau melayan dengan baik perutusan Nabi kepadanya ketikai termeterainya Perjanjian Hudaibiah pada 6 H. Dengan mengirim berbagai-bagai hadiah, beliau mengakui yang dia percaya tentang kedatangan seorang Nabi. Cumanya dia tersasul kerana disangkanya kedatangannya ialah di Sham!
Demikianlah beberapa anekdot tenting kepercayaan umum sekitar bakal lahirnya seorang manusia agung; seorang Nabi baru yang takdirnya akan menamatkan siri-siri kerasulan di muka bumi ini.

2. MUHAMMAD SEBAGAI AS-SADIQ AL-AMIN
“Sesungguhnya aku telah tinggal bersamamu beberapa lama sebelumnya (sebelum AI-Quran diturunkan). Apakah kamu tidak memikirkannya?” (Yunus: 16).
Jika tadinya Taurat dan Injil sendiri telah menyebut-nyebut tentang kedatangan Muhammad, dan dengan itu membuktikan kebenarannya sebagai Rasulullah, maka dengan lahirnya Muhammad kebenaran tersebut tidak dapat dipertikaikan lagi. Pengakuan tentang kebenarannya tidak lain kerana peribadi dan sirahnya (perjalanan hidup) sendiri, yang sejak belum diutuskan sebagai Rasul lagi sudah terkenal dengan jolokan ‘AISadiq Al-Amin,’ iaitu orang yang benar lagi dipercayai.
Ketika usianya 25 tahun, Muhammad turut membawa barang-barang dagangan Khadijah binti Khuailid ke Sham. Terhadap saudagar-saudagar lain, Khadijah cuma sanggup menyerahkan barang-barangnya sekadar muatan dua ekor unta sahaja, tetapi terhadap Muhammad yang terkenal kerana amanahnya, tanpa ragu-ragu dia menyerahkan barang-barang perniagaannya kepada baginda yang dibawa oleh 4 ekor unta. Dan ketika taKdir menetapkan yang kedua-duanya akan hidup bersama, Khadijah mengatakan: ‘Wahai sepupukul Sesungguhnya saya cinta padamu; pertama kerana kita berkeluarga, kedua kerana engkau dipandang tinggi oleh masyarakat bangsamu, ketiga kerana sifat amanahmu, keempat kerana baik budi pekertimu dan kelima kerana sifat kebenaranmu”.
Pada suatu ketika Abdullah bin Abil-Huma’, seorang rakan seperniagaannya berjanji untuk menemuinya di suatu tempat, tetapi dia sendiri terlupa janjinya itu. Sampai tiga hari tiga malam Nabi menunggunya dI situ, hinggalah pada hari keempatnya kebetulan dia melintasi tempat Itu, Nabi masih berada di situ. Sungguh sesal dia di atas kelupaannya itu, tetapi dengan senyum Nabi mengatakan: “Janganlah difikirkan sangat, mungkin saya yang bersalah. Saya telah berjanji akan menunggu tuan di sini sampai tuan datang, kerana itu saya mesti penuhi janji saya”.
Apabila Muhammad berusia 35 tahun, berlakulah perselisihan diantara suku-suku Quraisy tentang siapakah yang sepatutnya mengangkat Hajar al-Aswad dan meletakkan di tempatnya. Setiap anggota qabilah cuba menegakkan haknya dengan mengangkat sumpah yang terkenal dengan name La’qatud-dam, iaitu sumpah mencecah darah dengan melukakan tangan masing-masing. Sampai lima hari mereka menghadapi kebuntuan, sehinggalah hari keenamnya apabila mereka menerima cadangan Abu Umaiyah AI-Mughirah agar diserahkan penyelesaiannya kepada siapa yang mula-mula memasuki Masjid Al-Haram melalui pintu Bani Syaibah. Kebetulan yang memasukinya ialah Muhammad, hingga dengan riang gembira mereka berseru: “Inilah dia Muhammad Al-Amin, orang yang kami tunggu, kami sekalian rela dengan keputusannya”.
Sewaktu turunnya ayat: “Beri ingatlah terhadap kaum kerabatmu yang dekat” (AI-Syu’ara: 214). Nabi lantas mengundang keluarga Abdul Mutalib di Bukit Safa dan berseru: “Bagaimana pendapatmu sekalian jika kuberitahu kamu bahawa di kemuncak bukit ini ada pasukan berkuda hendak menyerang kamu. Percayakah kamu?” Maka jawablah mereka: “Ya, engkau tidak pernah disangsikan. Belum pernah kami engkau berdusta”.
Ketika surat Nabi sampai kepada Heraclius, raja Rom di BaitulMaqdis, ia memanggil orang-orang Arab Makkah yang kebetulan berdagang di situ. Kepada mereka Heraclius menyoal apakah mereka menuduh Muhammad pernah berdusta sebelum ia mengaku menjadi Nabi, mereka menjawab ‘tidak’. Mendengarnya Heraclius lalu berkata: “Orang yang tidak berdusta kepada manusia, tidak bisa jadi berdusta atas nama Allah”.
Heraclius hanyalah seorang daripada musuh-musuh besar Nabi yang turut mempercayai sifat kebenaran Nabi. Selain beliau, Abu Jahal yang juga musuh ketat Nabi turut mengakui: “Kami tidak dustakanmu, ya Muhammad, tetapi kami menolak agama yang engkau bawa”. Demikian juga pendapat Al-Nadhir Al-Harith, musuh Nabi juga:”Adalah Muhammad di antara kamu seorang anak muda yang paling disukai dan paling besar amanahnya, tetapi apabila ia membawa kepada kamu apa yang ia bawa, maka kamu katakan dia ahli sihir. Demi Allah, dia bukanlah ahli sihir”.
Kepercayaan musuh-musuh Muhammad terhadap kejujurannya bukan hanya sebelum kerasulannya, bahkan selepasnya juga. Kerana sifat amanahnya itulah mereka sanggup menyerahkan barang-barang kepunyaan mereka kepada baginda untuk dijaganya. Sampailah berlakunya Hijrah, barulah barang-barang tersebut diserahkannya kembali kepada pemiliknya masing-masing yang mana termasuk musuh-musuh Islam juga!

3. NUBUWWAH MUHAMMAD
Jika sebelum kerasulannya Muhammad sudah terkenal sebagai seorang yang benar lagi dipercayai, maka selepas kerasulannya ‘Nubuwwah’ itu sendiri semakin menguatkan kebenaran risalahnya. Yang dimaksudkan dengan ‘Nubuwwah’ ialah berita-berita ghaib atau ‘ramalan-ramalan’ tentang masa depan sesuatu dan tepatnya berita-berita ghaib itu dengan kenyataan dengan sendirinya membuktikan kebenaran Muhammad sebagal Rasulullah. ‘Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib, dan Dia tidak menyatakan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu, kecuali kepada Rasul yang diredhai-Nya” (Al-Jin: 26-27). Dan Muhammad sendiri pun mengakui bahawa tidaklah dia mengetahui yang ghalb, kecuali apa yang diwahyukan kepadanya(Al-An’am: 50).
Di antara contoh-contoh Nubuwwah tersebut ialah mengenai kerajaan Rom Timur (Byzantine). Kerapkali apabila kaum musyirikin menentang kaum Muslimin di Makkah, mereka mengatakan bahawa bangsa Rom yang mempunyai kitab Injil telah dikalahkan oleh Parsi yang beragama Majusi. Dengan itu mereka yakin dapat mengalahkan kaum Muslimin, kerana kaum Muslimin juga dari ahli Kitab. Dari peristiwa ini turunlah ayat: “Telah dikalahkan kerajaan Rom, dan mereka setelah dikalahkan itu menang dalam beberapa bidh’i lagi” (Al-Rum: 24). Ketika turun ayat ini, Rum baru saja dikalahkan, iaitu antara tahun 614-615 M. Tetapi tujuh tahun kemudian, mereka dapat merebut kemenangannya kembali. Alangkah tepatnya ayat Al-Quran tersebut, sebab kalimat “bidh’i” itu bermaksud di antara 3-9 tahun!
Lantaran keyakinannya tentang kebenaran firman Allah S.W.T. itulah maka Abu Bakar berani bertaruh dengan Ubayy bin Khallaf yang berakhir dengan kemenangan Abu Bakar. Sebenarnya pertaruhan ini bukannya perjudian, sebab judi berdasarkan keuntungan, sedangkan tindakan Abu Bakar itu semata-mata berasaskan keyakinannya yang penuh terhadap kebenaran Al-Quran.
Rasulullah juga telah memberitahu beberapa peristiwa yang kemudiannya benar-benar berlaku ketika tercetusnya peperangan Jamal dan Siffin di zaman Ali bin Abu Talib. Terhadap Zubair Al-Awwam, Nabi berkata: “Nanti engkau akan memerangi Ali, dan dalam hal ini engkau yang akan menganiaya”. Apa yang jelas ketika pertempuran Jamal sedang sengit ialah bahawa Zubair telah melarikan diri, kerana kurang yakin apakah penentangannya terhadap Ali benar atau tidak. Tentang Ammar bin Yasir, Nabi bersabda: “Kasihan Ammar, dia akan dibunuh oleh golongan yang menderhaka”. Demikianlah yang terjadi kemudiannya di mana Ammar telah mati terbunuh oleh tentera-tentera Muawiyah di dalam peperangan Siffin.
Pada zaman Muawiyah bin Abu Sufyan sebagai Khalifah, telah meninggal pula Abu Ayub AI-Ansari, sahabat besar Nabi. Kematiannya ketika dalam peperangan dan mayatnya yang ditanam di bawah benteng Constantinople menjadikan apa yang diberitahu oleh Nabi lebih dulu terbukti kebenarannya.




PUNCA KEMUNCULAN ZAMAN RENAISSANCE


Setelah berabad-abad dunia Eropah mengalami ‘zaman kegelapan’ (Middles Ages dinamakan juga Bark Ages), timbullah zaman baru (Renaissance) bagi mereka. Apakah punca yang menimbulkan Zaman Renaissance itu? Beberapa teori telah dikemukakan untuk mencari sebab-sebab kemunculannya, tetapi semua sebab-sebab itu berpunca dari satu sebab sahaja, iaitu akibat hubungannya dengan tamadun Islam. Ada baiknya kita bicarakan sebab-sebab tersebut:
1.         Teori pertama mengatakan Zaman Renaissance berpunca daripada kegiatan menghidupkan kembali klasik-klasik Yunani. Tetapi seperti yang diakui oleh Dr. F.J.C. Heamshaw, Dr. Stanley Lane Poole, Max Kahn dan Philip Hitti, orang-orang Islamlah yang sebenarnya bertanggungjawab menghidupkannya, malah memberi nafas baru terhadap klasik-klasik Yunani itu di kala dunia Eropah sedang tenggelam di alam tahyul. Kata Dr. Hitti: “Between the middle of the eight and the beginning of the thirteenth centuries the Arabic speaking peoples were the main bearers of the torch of culture and civilisation throughout the world. Moreover they were the medium through which ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted in such a way as to make the Renaissance of Western Europe”.
2.         Teori kedua pula menganggap Zaman Renaissance muncul akibat kelenyapan kekuasaan Gereja dan penghargaan terhadap nilai-nilai perseorangan. Tentang ini pun punca asasinya harus dihubungkan dengan tamadun Islam juga. Menurut Earnest Barker: “The Crusades, if they did not remove, at any rate weakened the old clear distinction between sacred and profane, the lay and the clerical, the temporal and the spiritual; the were the consecration of the fighting layman, and in their way they led to the emancipation of the laity”.
3.         Teori lain tentang sebab kebangkitan Eropah ialah dengan terjumpanya (discovery) Amerika. Sekali lagi faktor ini berkait rapat dengan tamadun Islam juga. Sebenarnya ketika Columbus hendak mengembara di Lautan Atlantik, beliau ditentang hebat oleh pihak Gereja. Sidang Salamanque telah memutuskan bahawa hasrat itu bercanggah dengan prinsip-prinsip agama, dan walaupun hal ini ditinjau kembali dan ditelaah ucapan pemuka-pemuka agama seperti Crisistum, Agustein, Girum, Griguar, Bazel, Imbroaz dan disesuaikan dengan semua risalah-risalah para Rasul, Injil, Zabur dan lain-lain, namun penelaahan ini tetap tidak merubah ketetapan asal. Tetapi Columbus telah dibantu oleh beberapa orang Raja Eropah dalam membangkang pendapat Gereja tersebut. Bagi Columbus: “Yang memberi ilham kepadaku untuk melakukan tujuan yang mulia ini, adalah buku-buku dari lbnu Rusyd!”
4.         Akhirnya dikemukakan faktor penciptaan alat percetakan sebagai sebab Renaissance. Untuk kesekian kalinya faktor ini pun bertali dengan tamadun Islam juga. Sebenarnya kilang kertas yang pertama telah ditubuhkan di Baghdad pada 794 M. Seperti yang ditegaskan oleh Dr. Hitti, perkataan ‘ream’ itu adalah berasal dari istilah Arab ‘risma’ yang bermakna suatu bungkusan. Menurut Abbott: “The material (paper) had entered Europe from the Orient with the coming of Arabs . . . . Its peculiar adaptation to the new method of book-making combined with the use of the press and types to revolutionise the world, making and epoch in affairs more important even than the fall of Constantinople”.
Akibat langsung daripada Zaman Renaissance itu ialah timbulnya Revolusi Sains dan kemudiannya Revolusi Industri di Eropah. Dan kemuncak dari semuanya itu ialah apabila Eropah melancarkan gerakan penjajahan secara besar-besaran, yang hasilnya telah merubah wajah dunia. Semuanya itu terjadi berkat sumbangan tamadun Islam belaka. Jadi pada hakikatnya Islamlah yang merubah sejarah dunia. Atau dalam ertikata yang lain, Sejarah Islam adalah Sejarah Dunia, dan Sejarah Dunia itu adalah juga Sejarah Islam!

ISLAM DALAM SEJARAH DUNIA


Firman Allah S.W.T.:
  1. 1. “Dan tidaklah Kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi
    rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiyaa: 107)
  2. 2. “Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan” (Saba’: 28)
  3. 3. “Katakanlah: Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan
    Allah kepada kamu semua“(Al-A’raaf: 158).
Islam adalah agama universal, agama untuk manusia seluruhnya. Sejak kemunculannya konsep kesejagatan telah sedia difahami. la ti­dak memerlukan sampai berabad-abad untuk menyedari keperibadian universal itu. Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas: ‘The idea of the universal religion did not originate in man’s intellect and gra­dually evolve and develop in his culture and history”. Ertinya ide uni­versalisme bukannya berasal dari pemikiran manusia, tetapi dari ajaran agama itu sendiri.
Atas sifatnya sebagai agama universal, maka tidak hairanlah jika dengan kemunculannya ia dengan sekelip mata telah merubah sejarah dunia. Selain dari membawa revolusi besar di Tanah Arab, kemunculan Islam telah memulakan Zaman Pertengahan bagi Dunia Eropah. Me­nurut Henri Pirenne, kemunculan Islam telah membawa dua perubahan besar:
  1. 1. Pemusnahan perpaduan kebudayaan (Barat) di sekitar Laut Tengah, yang sejak berabad-abad membentuk cara hidup penduduk­-penduduk di situ.
  2. 2. Pemindahan punca atau paksi kehidupan bangsa Eropah dari Rom
    ke Utara yang berpusat di Aix La Chapelle sewaktu kerajaan Ca­rolingian (481-877 M) sedang berkuasa di situ.
Dengan perubahan-perubahan tersebut, ini bermakna kemuncul­an Islam bukan sahaja merubah ‘jasad’ (body) orang-orang Eropah, bah­kan (soul) mereka juga. Bagi Henri Pirenne, perubahan-perubahan seperti inilah yang seharusnya menjadi kriteria sebenar dalam menentu­kan permulaan Zaman Pertengahan di Eropah. Ertinya, Islamlah yang bertanggungjawab dalam memulakan zaman baru di Eropah. Memang pernah dikatakan bahawa Zaman Pertengahan bermula dengan kejatuh­an Empayar Rom pada akhir abad ke-6 M., akibat serangan Kaum Bia­dab Jerman. Sebenarnya menurut Pirenne, pencerobohan Kaum Biadab itu tidaklah membawa apa-apa perubahan kepada sejarah Eropah oleh sebab mereka datang dengan kehampaan budaya. Sebab itu setelah menakluki Empayar Rom, Kaum Biadab itu mengambil gilirannya untuk ditakluki pula oleh kebudayaan Rumawi, hingga terpaksa mengabdi kepada cara dan kebiasaan hidup Rumawi, dan dengan demikian memperkukuhkan dan memperkekalkan keadaan yang telah sedia ada.
Ketika menggambarkan suasana Zaman Pertengahan tersebut, Bertrand Russell menegaskan: “A great deal of the Middle Ages may be interpreted as a conflict between Roman and Germanic traditions: on the one side the Church, on the other the State; on the one side theology and philosophy, on the other chivalry and poetry; on the one side the law, on the other pleasure, passion, and all the anarchic, impulses of very headstrong men”. Jadi bagi Russell, salah satu ciri Zaman Pertengahan ialah konflik antara kuasa Gereja dengan kuasa Negara. Kuasa negara di tangan Raja, sedangkan kuasa agama di tangan Gereja. Bagaimanapun dalam konflik tersebut, kuasa Gereja mencapai kemenangan. Ujar Russell: “All the armed forces was on the side of the Kings, and yet the Church was victorious”.

Tuesday, 3 April 2012

ZaMaN pRasEjAraH D! MaLaYs!A

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat2 blog nie..
hm... nak kongsi info apa yea dlm blog nie...

ha!!! apa kata kalau kami nak bagitaw sikit pasal tamadun awal...

dalam sejarah tingkatan 4 dah belajar kan..jom refresh balik...hehehehe



ini adalah tiga peringkat zaman prasejarah di Malaysia....
  • ZAMAN PALEOLITIK- bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti alat batu penetak. Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut. Zaman ini wujud di Malaysia iaitu di
  • ZAMAN NEOLITIK -  Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang). Lokasi penempatan manusia zaman ini ialah
  • Gua Cha di Kelantan
  • Bukit Tengkorak di Sabah

Sunday, 1 April 2012

MuKaD!MaH

  1. Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab - mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai kaitan dengan perkataan tamadun 'madana' yang mempunyai dua maksud,
    (tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar). Perkataan daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh dieertikan sebagai peradaban. Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah masyarakat.Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.
                                                       
  2. Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun. Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah, tatasusila dan moral.