Saturday, 28 April 2012

PUNCA KEMUNCULAN ZAMAN RENAISSANCE


Setelah berabad-abad dunia Eropah mengalami ‘zaman kegelapan’ (Middles Ages dinamakan juga Bark Ages), timbullah zaman baru (Renaissance) bagi mereka. Apakah punca yang menimbulkan Zaman Renaissance itu? Beberapa teori telah dikemukakan untuk mencari sebab-sebab kemunculannya, tetapi semua sebab-sebab itu berpunca dari satu sebab sahaja, iaitu akibat hubungannya dengan tamadun Islam. Ada baiknya kita bicarakan sebab-sebab tersebut:
1.         Teori pertama mengatakan Zaman Renaissance berpunca daripada kegiatan menghidupkan kembali klasik-klasik Yunani. Tetapi seperti yang diakui oleh Dr. F.J.C. Heamshaw, Dr. Stanley Lane Poole, Max Kahn dan Philip Hitti, orang-orang Islamlah yang sebenarnya bertanggungjawab menghidupkannya, malah memberi nafas baru terhadap klasik-klasik Yunani itu di kala dunia Eropah sedang tenggelam di alam tahyul. Kata Dr. Hitti: “Between the middle of the eight and the beginning of the thirteenth centuries the Arabic speaking peoples were the main bearers of the torch of culture and civilisation throughout the world. Moreover they were the medium through which ancient science and philosophy were recovered, supplemented and transmitted in such a way as to make the Renaissance of Western Europe”.
2.         Teori kedua pula menganggap Zaman Renaissance muncul akibat kelenyapan kekuasaan Gereja dan penghargaan terhadap nilai-nilai perseorangan. Tentang ini pun punca asasinya harus dihubungkan dengan tamadun Islam juga. Menurut Earnest Barker: “The Crusades, if they did not remove, at any rate weakened the old clear distinction between sacred and profane, the lay and the clerical, the temporal and the spiritual; the were the consecration of the fighting layman, and in their way they led to the emancipation of the laity”.
3.         Teori lain tentang sebab kebangkitan Eropah ialah dengan terjumpanya (discovery) Amerika. Sekali lagi faktor ini berkait rapat dengan tamadun Islam juga. Sebenarnya ketika Columbus hendak mengembara di Lautan Atlantik, beliau ditentang hebat oleh pihak Gereja. Sidang Salamanque telah memutuskan bahawa hasrat itu bercanggah dengan prinsip-prinsip agama, dan walaupun hal ini ditinjau kembali dan ditelaah ucapan pemuka-pemuka agama seperti Crisistum, Agustein, Girum, Griguar, Bazel, Imbroaz dan disesuaikan dengan semua risalah-risalah para Rasul, Injil, Zabur dan lain-lain, namun penelaahan ini tetap tidak merubah ketetapan asal. Tetapi Columbus telah dibantu oleh beberapa orang Raja Eropah dalam membangkang pendapat Gereja tersebut. Bagi Columbus: “Yang memberi ilham kepadaku untuk melakukan tujuan yang mulia ini, adalah buku-buku dari lbnu Rusyd!”
4.         Akhirnya dikemukakan faktor penciptaan alat percetakan sebagai sebab Renaissance. Untuk kesekian kalinya faktor ini pun bertali dengan tamadun Islam juga. Sebenarnya kilang kertas yang pertama telah ditubuhkan di Baghdad pada 794 M. Seperti yang ditegaskan oleh Dr. Hitti, perkataan ‘ream’ itu adalah berasal dari istilah Arab ‘risma’ yang bermakna suatu bungkusan. Menurut Abbott: “The material (paper) had entered Europe from the Orient with the coming of Arabs . . . . Its peculiar adaptation to the new method of book-making combined with the use of the press and types to revolutionise the world, making and epoch in affairs more important even than the fall of Constantinople”.
Akibat langsung daripada Zaman Renaissance itu ialah timbulnya Revolusi Sains dan kemudiannya Revolusi Industri di Eropah. Dan kemuncak dari semuanya itu ialah apabila Eropah melancarkan gerakan penjajahan secara besar-besaran, yang hasilnya telah merubah wajah dunia. Semuanya itu terjadi berkat sumbangan tamadun Islam belaka. Jadi pada hakikatnya Islamlah yang merubah sejarah dunia. Atau dalam ertikata yang lain, Sejarah Islam adalah Sejarah Dunia, dan Sejarah Dunia itu adalah juga Sejarah Islam!

No comments:

Post a Comment