Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pelawat2 blog nie..
hm... nak kongsi info apa yea dlm blog nie...
ha!!! apa kata kalau kami nak bagitaw sikit pasal tamadun awal...
dalam sejarah tingkatan 4 dah belajar kan..jom refresh balik...hehehehe
ini adalah tiga peringkat zaman prasejarah di Malaysia....
- ZAMAN PALEOLITIK- bermula kira-kira 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu. Alat batu
yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik ialah alat repihan seperti
alat batu penetak.
Rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia adalah rangka orang Perak yang telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, Lenggong pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut. Zaman ini wujud di Malaysia iaitu di
- Kota Tampan, Perak - 1989
- Bukit Jawa, Perak - 1996
- Bukit Bunuh, Perak - 1987
- Gua Niah, Sarawak - 1975
- Tingkayu, Sabah - 1992
- ZAMAN NEOLITIK - Zaman Neolitik merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam, dan mula memelihara binatang ternakan. Zaman Neolitik di Malaysia bermula pada kira-kira 7,000 tahun dahulu. Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu, tetapi telah menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar. Manusia pada zaman ini juga telah mula tinggal menetap di suatu tempat dan juga menjalankan perdagangan secara tukar barang atau sistem barter (sistem bertukar barang). Lokasi penempatan manusia zaman ini ialah
- Gua Cha di Kelantan
- Bukit Tengkorak di Sabah
- ZAMAN LOGAM- Selepas Zaman Neolitik,teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam.Zaman Logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.Pada zaman ini manusia telah mencipta alat gangsa dan besi. Di Malaysia, lokasi penemuan tinggalan zaman ini ialah di
- Sungai Tembeling, Pahang
- Gua Harimau, Perak
- Changkat Menteri, Perak
- Lembah Bernam, Selangor
- Sungai Muar, Johor
- Sungai Langat, Selangor
sekoiah sktma
ReplyDeletesekoiah sktma
ReplyDelete